.

.

Friday, 29 June 2012

Cara orang Korea menjaga kulit mereka #1

Friday, 29 June 2012
assalmualaikum .

Sejak dua menjak ni, makin giat aku online. Kalau aku dah tau satu-satu benda tu, aku akan cari sampai lobang cacing. Entah macam mana, satu hari tu aku tengah google nak cari produk ape benda entah. Sekali terbaca lah mengenai cara orang Korea menjaga kulit muka dorang yang sungguh flawless gila tu. Ramai yang tau, kebanyakkan artis Korea gunakan pembedahan plastik untuk cantikkan muka dorang. Tapi sebenarnya, pembedahan plastik tu semua untuk membetulkan kecacatan muka yang ada sejak dilahirkan memang dah ada. Contohnya, hidung yang kemek, mata yang sepet. Macam tu la lebih kurang.

Orang Korea ni sangat obses dengan kecantikkan. Sanggup berhabis duit sebab nak lawakan muka. And guess what, they don't need a lot of money to buy all the skincare and cosmetics because they can buy it at SUPER CHEAP PRICE. Korea ada banyak company yang mengeluarkan barangan penjagaan kulit dan juga kosmetik. Dan, semua barangan tu berkualiti dan boleh didapati dengan harga yang sangat berpatutan.

Ini baru cerita pasal barang, belum cerita rutin kecantikkan dorang setiap hari. Dorang sangat mematuhi skincare routine untuk pastikan dorang dapat kulit yang cantik menawan. Yang pasti, they didn't stick to one brand to have flawless skin. Maksudnya, dorang akan bertukar jenama untuk cari produk yang terbaik untuk kulit muka dorang. Satu prinsip dorang ke arah flawless skin adalah "it takes time" in order to have flawless skin, you need time. You can't see the result overnight. 


Rutin kecantikkan dorang sangat ketat. Dengan penggunaan produk yang kadang-kadang mencecah hingga belasan kalau sekali pakai. Bayangkan berapa lama masa yang dorang ambil untuk bersiap. Kalau cerita pasal rutin kecantikkan dorang secara detail, nanti korang akan muntah. Jadi aku akan buat sambungan. Mungkin akan ada banyak part untuk post pasal cara orang korea menjaga kulit mereka dan yang sekutu dengan nya.

Kenapa aku rajin sangat nak buat post pasal orang Korea ni? Aku dah batak sangat ke ? No, TAK . Aku rasa ilmu yang aku dapat ni, patut di kongsi dengan ramai orang. Mungkin ada yang tak tahu, dan mungkin ada yang dah tahu. Yang pasti, tak salah kalau nak berkongsi ilmu kan. Lagipun, ni kan benda baik. Bukan nya aku cerita pasal benda lucah pun.

Anyway, please stay tuned for the next update. Korang mesti akan teruja GILAA. Sebab masa first time aku baca pun, aku memang excited gila nak mati.


p/s: harap maklum bahawa entry ini tidak dicopy paste dari mana-mana blog.

1 comment:

  1. hmm...jaga kulit....nak tahu camne orang korea boleh jadi tinggi...

    ReplyDelete

Search